Ini Blog Islam ^_^
Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!


Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.
Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah. 
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.

Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap dengan ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati. 

''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istigfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam  yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. 
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~

Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan. 


Older Post | Newer Post
The Owner ^_^


Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW .

WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih

Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥


Diary About Stuff Site


Indah Nya Islam

♥ Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian daripada kata-kata. Dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sndri. Semata-mata untk kegembiraan orang yang kita cintai. ♥


Cinta Kerana ALLAH

CINTA bukan pada 'couple' CINTA juga bukan pada 'I love you' CINTA tak letak pada "I miss you' Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?' kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata. ♥ Bicara CINTA suci itu akan terucap saat ijab kabul di lafazkan.. ~> Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH ♥ ^_^


Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


Mutiara Kata

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."


Mutiara Kata

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


Mutiara Kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


Mutiara Kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Own this blog : Cik Hana

Assalamualaikum wbt