|
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!
Tolong jangan mengambil kesempatan atas kelembutan kami kaum Hawa
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda Tolong jangan cuba menguji kami Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "Buat apa tu?" Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya, "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah..." Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya
Kerana kami juga insan yang sangat lemah
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai Adam ...kerana itu fitrah Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian Kerana kami dah cuba untuk menahan pandangan Kerana kami juga kadang-kadang lalai
Sebaliknya,
Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret! Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut? Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insya-Allah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau jika nak diluahkan kepada manusia juga, mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda, atau nak lagi baik? Luahkan kepada isteri anda yang sah kelak. Itu yang terbaik
Bantulah kami
Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu Tapi, berusahalah! Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melayannya Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu Maka, mengertilah kami... (insya-Allah) Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya Tegaskanlah suaramu! Insya-Allah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara
LELAKI YANG SOLEH ITU MEMIMPIN, BUKAN MELAYAN!
-
|
The Owner ^_^ Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW . WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥ Indah Nya Islam
Cinta Kerana ALLAH
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
The Credits! |