Ini Blog Islam ^_^
Tarbiyah Allah Tanda Cinta
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!


Ikhwanku yang dikasihi Allah...
Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah tarbiyah Allah SWT.
TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku "al-Hikam" karangan ibn Ata'illah as-Sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt iaitu husnodzon. Dan orang yang paling husnudzon adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!
Ikhwanku...
Tarbiyah Allah swt memerlukan penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih aqrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah.
Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara sir (rahsia) sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyah Rasulullah SAW menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.
Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNya.
Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.
Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan mereka yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya.
Di sinilah letaknya hikmah dan asbab Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Abu Ali addaqqad berkata: "Rasulullah SAW selalu merasa berdukacita dan selalu berfikir". Fitrahnya manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah SWT. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yang hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sedang dunia itu bersifat fana.

Tikamana dirimu diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNya. Itu tandanya dirimu dalam pemerhatianNya. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi bentengmu daripada godaan syaitan dan nafsumu yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikanmu. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan dirimu. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah SWT.
Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan faqir yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNya. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk engkau mendekatkan dirimu pada Allah SWT. Sesungguhnya sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda (qardan hasanah) hasil daripada apa yang dilakukannya.
Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNya dan AgungNya Allah SWT, supaya hatimu terhindar dari megah diri dan bongkak. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan dirimu, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Sedang nilaian manusia itu hanyalah tidak lain hanya melalaikan dirimu dengan pujian. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu" 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Ikhwan fillah...
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan.
Ingatlah ikhwanku yang dikasihi Allah, setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husnudzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Mulakanlah harimu dengan senyuman yang lidahnya sentiasa bertahmid memuji Allah SWT, yang hatinya sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa.
Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNya lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah SWT padamu agar hatimu sentiasa bertaut padu dengan namaNya. Usah mengeluh pada RahmatNya, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidupmu. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikit pun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupanmu sepenuhnya pada Allah SWT. Pasti suatu hari nanti, dirimu akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNya dan barulah engkau mengetahui itulah yang terbaik untuk dirimu. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Dan kami menguji kamu dengan sesuatu  yang terdiri daripada ketakutan, kelaparan dan kehilangan harta, nyawa & hasil tanian(buah-buahan). Dan khabarkanlah berita gembira buat mereka yang sabar. Yakni mereka yang ditimpa musibah lalu mereka berkata 'Sesungguhnya kita datang daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali'." 
(Surah Al-Baqarah ayat 155-156)
Syukur Alhamdulillah, kerana diri kita terpilih menerima didikan Allah SWT. Benarlah, sesungguhnya kehidupan itu umpama sebuah universiti tarbiyah. Guru dan ikutan terbaik adalah Rasulullah SAW. Al-Quran dan Sunnah sebagai buku rujukan. Imtihannya antara nikmat dan ujian. Syukur atau kufur sebagai natijahnya. Menjadi cemerlang bagi yang bertaqwa dan gagal bagi yang ingkar,  sedang Allah SWT adalah penilainya.

Tarbiyah : Didikan 
Ikhwan  : Dari perkataan akhun bermaksud saudara lelakiNamun membawa makna di sini untuk makna konotatif (makna yang lebih luas) iaitu saudara seiman.
Kaifiyat  : Cara, kaedah 
 Imtihan : Peperiksaan, Latihan



Older Post | Newer Post
The Owner ^_^


Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW .

WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih

Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥


Diary About Stuff Site


Indah Nya Islam

♥ Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian daripada kata-kata. Dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sndri. Semata-mata untk kegembiraan orang yang kita cintai. ♥


Cinta Kerana ALLAH

CINTA bukan pada 'couple' CINTA juga bukan pada 'I love you' CINTA tak letak pada "I miss you' Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?' kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata. ♥ Bicara CINTA suci itu akan terucap saat ijab kabul di lafazkan.. ~> Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH ♥ ^_^


Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


Mutiara Kata

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."


Mutiara Kata

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


Mutiara Kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


Mutiara Kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Own this blog : Cik Hana

Assalamualaikum wbt