Ini Blog Islam ^_^
Saat Takbir Raya Dilaungkan...
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!


Ketika takbir raya dilaungkan, datang seorang budak bertanya;
"Abang.. apa tajuk lagu sedih ni?"
"Haa! Lagu yang mana satu?"
"yang imam dan orang ramai nyanyi sekarang ni.."
"Hehee.. itu bukan lagu la.. itu takbir raya.. "
Bagi orang melayu, tentu terasa sedikit pelik dengan soalan budak itu bukan? Mungkin ada yang terasa sedikit terkilan dibuatnya. Dan mungkin juga ada yang terasa lucu dan pelik dengan persoalan sedemikian.  Pertama kali telinga ini mendengar kenyataan itu. Namun apabila difikirkan sejenak, ada juga kebenaran di sebalik pertanyaan tadi.
Jika diselidiki, ramai yang tahu makna-makna setiap kalimah yang diungkapkan ketika takbir raya. Namun tidak ramai yang betul-betul dapat menghayati dan menjiwai apa yang dilafazkan. Betul bukan?
Demikialah saat lidah melafazkan...
"Allaaaaahuakbar.. Allaaaaaahuakbar.. Allaaaaaahuakbar!"
Apa yang terlintas di hati?
Ya..  Lihatlah diri kita sendiri.. Bagaimana diri kita saat takbir raya dilaungkan?
Bagaimana kondisi hati kita saat lidah mengungkapkan kalimah-kalimah takbir, tasbih dan tahmid?
Adakah kita sedang mengagungkan kebesaran dan kehebatan Allah ketika itu?
Atau..  Kita sekadar menyanyi? Menyanyi lagu takbir raya beramai-ramai?
Adush.. seolah-olah itu yang berlaku bukan? Bibir kita hanya mendendangkan kalimah takbir raya ala-ala nusantara yang berirama sedih, namun hati tidak pula benar-benar menghayati serta meraih kemenangan dan kegembiraan satu syawal dengan mengagung-agungkan kebesaran Allah 'Azza Wa Jalla.
"Eh.. betul jugak.. masa takbir, aku tak rasa apa-apapun.. Aku just laungkan takbir seperti yang orang lain buat. Melodi takbir raya pun best.. Mendayu-dayu.. Rasa sedih dan sayu. Kadang-kadang boleh menitiskan air mata. Nada takbir yang dilaungkan sangat merdu. Tersentuh hati mendengarnya.."

Begitulah.. Takbir raya ala nusantara memang mempunyai versi sedih. Tidak ada sesiapa boleh nafikan. Sehingga kita menjadi keliru sama ada seseorang itu mengalirkan air mata kerana khusyuk menghayati kemenangan dan kebesaran Allah atau sedih kerana dendangannya yang sayu?
Hakikatnya, seharusnya hendaklah takbir itu dilaungkan dengan penuh rasa kemenangan dan kegembiraan. Bukan penuh dengan emosi kesedihan. Justeru marilah kita sama-sama bertakbir dengan penuh semangat! Semangat membesarkan keagungan Allah! Ianya juga adalah tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah berjaya mengharungi ujian Ibadah dan menahan diri dan nafsu selama sebulan di bulan Ramadan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :-
".... Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." 
(Surah Al-Baqarah ayat 185)
Rasulullah SAW juga bersabda;
"Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir (Mengagungkan kebesaran Allah)." 
(Hadis Riwayat Tabrani)
Apapun, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bertakbir dengan penuh rasa kehambaan dan betul-betul mensyukuri nikmat kemenangan pada hari Raya ini.
Bersyukur atas kemampuan mendidik nafsu semasa dalam bulan Ramadan..
Bersyukur atas kekuatan membina iman dan taqwa dalam bulan yang penuh barakah..
Bersyukur atas kesungguhan memohon keampunan daripada Allah Al-Ghaffar..
Lantas nilai kesyukuran kita diterjemahkann dengan ketaatan yang bertambah pada hari-hari berikutnya. InsyaAllah...
"Selamat kembali kepada Fitrah Insani.. ^^"


Older Post | Newer Post
The Owner ^_^


Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW .

WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih

Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥


Diary About Stuff Site


Indah Nya Islam

♥ Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian daripada kata-kata. Dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sndri. Semata-mata untk kegembiraan orang yang kita cintai. ♥


Cinta Kerana ALLAH

CINTA bukan pada 'couple' CINTA juga bukan pada 'I love you' CINTA tak letak pada "I miss you' Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?' kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata. ♥ Bicara CINTA suci itu akan terucap saat ijab kabul di lafazkan.. ~> Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH ♥ ^_^


Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


Mutiara Kata

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."


Mutiara Kata

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


Mutiara Kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


Mutiara Kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Own this blog : Cik Hana

Assalamualaikum wbt