|
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!
Seorang ustaz bertanya, "Apa yang paling mahal di Korea?" Ada yang menjawab gadjet, kereta, cincin dan sebagainya.
Kemudian ustaz tersebut meneruskan penceritaannya. "Yang paling mahal di Korea, yang paling mewah di Amerika Syarikat, di Eropah atau di mana-mana sahaja di muka bumi ini ialah hati yang tenang."
"Betul tak?" Soal ustaz itu lagi. Sengaja membuat teka teki.
"Rumah umpama mahligai boleh dimiliki. Kereta yang mewah boleh dipunyai. Wang ringgit bertimbun boleh dicari. Tetapi, belum tentu mendapatkan hati yang tenang."
Hati Yang Tenang
Ternyata, sesuatu yang tidak dapat dibeli di dunia ini ialah tenangnya hati. Walaupun mempunyai perniagaan yang megah. Jika dengan kemewahan menunjukkan seseorang itu mendapat sesuatu yang termahal, namun mengapa masih ada yang membunuh diri ?
Walaupun mempunyai harta yang melimpah ruah. Kenapa jiwa merasa sengsara?
"Siapa yang mahu mengetahui ilmu hati tenang?" Ustaz bertanya. Semua yang hadir menjawab, "Mahu". Hampir serentak menjawab.
Rumus tenangnya Hati
Orang yang merasa tidak tenang bukan kerana masalah yang dihadapinya tetapi dia tidak tahu apa tujuan hidupnya. Dan kurang ilmu dan faham untuk mengatasi masalahnya.
Sebagai contoh, seorang lelaki tertinggal kunci dalam keretanya. Sudah diikhtiar untuk membuka pintu kereta tetapi tidak juga berhasil. Tiba-tiba datang seseorang memberikan bantuan. Dia mengeluarkan sesuatu dan mencungkil bahagian kunci pintu kereta. Tidak sampai seminit, pintu kereta dapat dibuka. Lelaki yang memiliki kereta itu mengucapkan terima kasih tanpa menyedari bahawa orang yang membantunya tadi adalah seorang bekas pencuri kereta.
Bekerja tidak tahu tugas, sudah pasti akan dibuang kerja.
Menanak nasi tidak tahu cara, nasi pula akan menjadi bubur.
Membuat baju tidak tahu teknik, tidak dapat dipakai.
Persoalannya, adakah kita memahami atau tidak ilmu hidup di dunia ini ?
Kalau tidak, sudah pasti hidup terasa kosong, jiwa merasa gusar, hati tidak akan tenang. Allah SWT telah berfirman dan menyatakan hakikat penciptaan manusia ke dunia ini.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku"
(Surah Az-zariyaat ayat 56)
Yang pasti, apabila kita sudah mengetahui dan memahami apa tuntutan kehidupan kita, pasti akan disusuli dengan amalan-amalan yang baik dan sentiasa mengucap syukur ke atas-Nya kerana dikurniakan taufik dan hidayah.
Demikianlah jika kita analogikan dengan mesin. Apabila kita tidak tahu menggunakannya, maka mesin tersebut akan mudah rosak dan tidak berguna. Justeru, apabila kita tahu 'menggunakan' hati kita dengan sentiasa mensyukuri nikmat dan ujian yang Allah beri, maka akan membawa ketenangan di dalam diri.
Moga rumus tenang hati membahagiakan dunia dan akhirat kita.
"TENANG HATI = FAHAM pada ilmunya + TERLATIH pada amalnya + BERZIKIR pada syukurnya"
Wallahu a'lam
|
The Owner ^_^ Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW . WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥ Indah Nya Islam
Cinta Kerana ALLAH
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
The Credits! |