Ini Blog Islam ^_^
Di Saat Cintaku Belum Sejati
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!


"Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta....."
Sungguh menyentuh kalbu. Lirik lagu Rapuh dendangan Opick yang sering kali 'meresap' ke dalam jiwa pada sesiapa yang menghayatinya taktala mendengarnya. Betapa besar kasih sayang Allah kepada kita. Namun, begitu sukar buat kita untuk membalas dengan mencintaiNya dengan sempurna. Sesekali terfikir, dalam ratusan juta insan di muka bumi ini, berapa ramaikah yang benar-benar memiliki cinta sejati terhadap Allah.
Mengapa Cintaku Belum Sejati UntukMu
Agak sukar menjawab persoalan di atas. Ini kerana menjadi lumrah, manusia tidak akan sesekali dapat terlepas daripada kesalahan dan dosa. Namun apakah benar alasan ini boleh digunapakai untuk menutup kesilapan sendiri? Mungkin kita terlupa bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah SWT.
Allah menyebut di dalam firmanNya
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." 
(Surah At-Tin ayat 4)
Kejadian manusia membuktikan kasih sayang Allah dan sewajarnya kita membalas mahabbah ini dengan lebih lagi kepadaNya. Analogi cinta sepasang Uda dan Dara, sehari tak bersua, rasanya bagai beribu tahun tidak bertemu. Hati tak keruan malah hilang selera makan!. Maka sebagai hamba, sewajarnya cinta ini mestilah mendahului cinta seperti cintanya Uda dan Dara. Terasa rindu memenuhi segenap jiwa apabila tidak dapat 'bertemu' dengan penciptanya.
Mungkin ada yang sering tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan iman dan cinta terhadap Al-Khaliq. Proses muhasabah diri merupakan ubat paling mujarab untuk memperbaiki cinta kepada Ilahi. Hati yang keras dan sukar menyedari kesilapan diri merupakan faktor kegagalan dalam cinta ini.
Menurut Imam Al-Ghazali, ada sepuluh (10) jenis penyakit hati yang boleh menguasai dan bermaharajalela dalam diri kita sepertimana yang terdapat di dalam kitabnya, Arba'in Fi Usuluddin. Sifat Mazmumah yang disebut itu ialah 
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).
Sebaiknya kita menyediakan senarai semakan atau "checklist" yang boleh digunakan untuk menilai diri sendiri. Setiap kali terasa ingin marah, cepat-cepat tandakan kolum marah. Kemudian, ketika hendak melelapkan mata di malam hari tersebut, kiralah berapa banyak kesalahan hati yang kita lakukan. Begitulah setiap hari sehinggalah kita mencapai tahap "bersih" daripada segala penyakit-penyakit hati itu.
Rasulullah juga mengingatkan kita tentang bahaya penyakit hati ini. Salah satunya Hadith yang berbunyi:
"Takutlah daripada berbuat zalim, kerana perbuatan zalim itu adalah kegelapan di hari Kiamat, takutlah daripada berbuat kedekut, kerana perbuatan kedekut itu telah membinasakan orang- orang sekalian sebelum kamu." 
(Riwayat Muslim)
Selain itu, sebuah Hadith di mana seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, berilah aku wasiat, sabdanya: "Jangan engkau marah, maka diulangnya beberapa kali, dan bersabda lagi: Janganlah engkau marah". Justeru, amat penting buat kita untuk menjauhi malah meng'haram'kan kewujudan sifat-sifat yang boleh merosakkan hati dan jiwa kita supaya proses memperbaiki cinta sejati ini dapat dipercepatkan.
Syaikh Ibnu 'Athoillah menerusi Kitab Al-Hikam membahaskan tentang hati yang mati. Beliau menyebut: "Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih (susah) kerana tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan, (kewajipan), juga tidak menyesal jika terjadi berbuat suatu pelanggaran dosa". Nauzubillah Min Dzalik.
Perbahasan ini dikuatkan dengan hadith yang bermaksud: 
"Siapa yang merasa senang oleh amal kebaikkannya, dan merasa sedih/menyesal atas perbuatan dosanya, maka ia seorang mukmin (beriman)" 
(Riwayat At-Tabrani)

Penawar Hati
Sesungguhnya sesiapa yang masuk kepada Islam dengan sebenar-benarnya, maka akan selamatlah dirinya. Namun, tidak tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi mana tidak diuji dengan sesuatu. Dan, pastinya adakalanya ada yang tersasar dan tidak kurang juga ada yang 'tenggelam' dalam lautan ujian. Islam menyediakan penawar hati yang boleh memulihkan hati. Antaranya :-
1) Memperbanyakkan zikrullah.
Basahilah lidah dengan memuji dan menyebut nama-nama Allah. Memuji dan memujaNya, setimpal dengan keagunganNya dengan pujian seperti  Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbardalam setiap keadaan. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam bersabda yang bermaksud:
"Segala amal-amal baik yang berkekalan ialah "la ilaha illallah hingga akhirnya" 
(Riwayat An-Nasai)
Sebuah lagi Hadith, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:-
"Tiada beramal anak Adam akan amal yang lebih dapat melepaskan daripada azab Allah daripada menyebut nama Allah" 
(Riwayat Ibn Syaibah dan Tabrani)
Kebanyakan di antara kita agak sibuk dengan kerja-kerja dunia yang menyebabkan tiada masa untuk berzikir. Walhal, sebenarnya, kesempatan berzikir itu terbuka luas sekiranya kita bijak. Setelah setiap solat fardhu misalnya, luangkan 5 minit untuk bertasbih dan bertahmid kepadaNya. Meneruskan kerja juga membolehkan hati terus berzikir. Semuanya terserah kepada kita. Ini bukan bermakna kita perlu meninggalkan dunia sama sekali. Apa yang paling penting ialah memastikan cinta Ilahi tidak pernah padam walau apapun yang sedang kita lakukan.
2) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan memahami maknanya.
Al-Quran merupakan kalamullah dan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Terbayang aura Muslimin dan Muslimat di Makkah dan Madinah yang tidak pernah melepaskan detik beribadah, salah satunya dengan membaca Al-Quran. Jiwa yang diisi dengan bacaan dan kefahaman Al-Quran mempunyai kekuatannya tersendiri.
Bayangkan ayat-ayat Allah bersemadi di dalam diri, hebatnya seseorang Muslim itu dan kita seharusnya iri dengan orang-orang sebegini. Al-Quran mesti menjadi peneman dan solusi bagi sebarang kemusykilan. Justeru, orang bijaksana menjadikan Al-Quran sebagai dustur yang sentiasa membawanya kepada kebenaran dan cahaya.
Allah berfirman yang bermaksud:
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" 
(Surah sadd ayat 29)
Alangkah ruginya kita jikalau sekadar membaca tanpa tadabbur. Memahami isi dan intipati wahyu ini pasti memberi impak yang hebat kepada kita. Apatah lagi bagi sesiapa yang menghafaznya. Masya Allah, Tabarakallah!
3)Menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Qiamullail merupakan amalan yang disukai Allah. Mendirikan atau menghidupkan malam dengan aktiviti ibadah dapat dipenuhi dengan solat-solat sunat seperti tahajjud, taubat, hajat dan istikharah. Selain itu, digalakkan membaca Al-Quran, berzikir dan beristighfar.
Nabi SAW bersabda, maksudnya:-
"Sebaik-baik puasa lepas puasa Ramadan adalah puasa pada bulan-bulan haram. Dan sebaik-baik sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" 
(Hadis Riwayat Muslim)
Kelebihan solat malam mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ini kerana, bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan di kala semua orang nyenyak tidur dibuai mimpi indah. Sememangnya orang yang mampu melakukan malah istiqamah pasti merasai kekuatan dalaman jiwa yang dipenuhi dengan tautan dengan Rabbnya.
Allah berfirman yang bermaksud:-
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" 
(Surah Al-Isra' ayat 79)
4) Bergaul dengan orang-orang soleh 
Carilah orang-orang yang beragama dan berbuat baik sebagai pendamping kita. Justeru, menghadiri majlis ilmu, ta'lim dan tazkirah membolehkan kita bertemu dengan orang-orang sebegini. Berusrah juga membolehkan perkongsiaan ilmu di antara ahli-ahli usrah. Percambahan ilmu membolehkan hati sentiasa terisi dengan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah. Mana mungkin, duduk berpeleseran kita mendapat sahabat-sahabat yang boleh mengajak kita beramal ma'ruf. Jarang sekali kita mendengar, duduk lama-lama di kedai kopi dan salah seorangnya memberi tazkirah. Mungkin ada tetapi afdhalnya yang kita cari biarlah kena pada tempat dan caranya.
Berdampingan dengan orang baik-baik membolehkan kita terus belajar dan memperbaiki diri. Perihal memilih sahabat dijelaskan Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:-
"Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" 

(Surah Al-Furqan ayat 27-29)
Tambahan Hadis yang menjelaskan:
"DJangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin" 
(Riwayat Abu Daud)
Indahnya Islam dengan ketetapan yang boleh membahagiakan jiwa yang sentiasa patuh kepada aturan Allah. Semoga kita mendapat limpah kurnia Ilahi sepanjang permusafiran di bumi Allah ini. Semoga cinta kita kepada Allah tiada diselangi dengan cinta yang lain. Hanya cinta Allah yang didamba. 


Older Post | Newer Post
The Owner ^_^


Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW .

WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih

Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥


Diary About Stuff Site


Indah Nya Islam

♥ Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian daripada kata-kata. Dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sndri. Semata-mata untk kegembiraan orang yang kita cintai. ♥


Cinta Kerana ALLAH

CINTA bukan pada 'couple' CINTA juga bukan pada 'I love you' CINTA tak letak pada "I miss you' Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?' kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata. ♥ Bicara CINTA suci itu akan terucap saat ijab kabul di lafazkan.. ~> Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH ♥ ^_^


Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


Mutiara Kata

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."


Mutiara Kata

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


Mutiara Kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


Mutiara Kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Own this blog : Cik Hana

Assalamualaikum wbt