|
Monday, 24 September 2012 | 0Superstar (s)!
Debat adalah satu medium untuk mencari penyelesaian. Berdebat dilihat lebih agresif dan kasar daripada mesyuarat, muzakarah atau syura yang lebih mengutamakan kelembutan dalam memberi pendapat. Namun debat lebih seronok di dengar kerana mengunjurkan fakta yang tuntas dan pantas. Malah jika ada isu yang hangat, debat nampaknya sering menjadi medan penyelesaian kerana boleh di dengar oleh orang ramai berbanding di bilik mesyuarat yang tertutup dan kadangkala keputusannya dirahsiakan.
Namun begitu untuk memastikan debat yang dianjurkan adalah bermanfaat dan berkualiti, kita perlu bijak menilai, mentafsir halatuju dan tatacara pendebat. Tidak ramai yang berdebat untuk menyelesaikan masalah, tetapi hanya untuk menunjuk-nunjuk kehebatan berbicara, kelebihan ilmu, malah ada yang seperti mahu menjatuhkan maruah lawannya semata-mata.
Imam Hassan Al-Banna pernah mewasiatkan "Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan". Wasiat ini ada benarnya jika dilihat pada perkembangan intelektual pada hari ini terutama apabila perdebatan yang menyentuh isu politik kepartian.
Kita mungkin tidak boleh menghalang penerbit untuk menyiarkan atau menganjurkan mana-mana sesi perdebatan. Tetapi kita mampu berfikir dan menilai mutu sesuatu perdebatan. Jika perdebatan itu tidak berkualiti dan hanya menimbulkan lebih perbalahan, lebih baik tidak ditonton. Malah debat yang boleh melahirkan permusuhan dan kadangkala lebih mengundang dosa daripada penyelesaian.
Sebagai pendengar umum, kita perlu mempunyai sedikit sebanyak ilmu untuk menilai sejauh mana debat yang diadakan memberi manfaat atau lebih kepada membuang masa. Terdapat beberapa kaedah dan tatacara yang boleh dicadangkan untuk memastikan debat yang dijalankan berkualiti dan membawa kebaikan.
1. Perhatikan apa yang diperdebatkan
Perkara yang diperdebatkan adalah perkara yang mempunyai banyak solusi. Maka kita mencari solusi yang terbaik, bukannya memperdebatkan sesuatu yang telah tetap hukumnya dan tidak boleh dipersoal seperti beberapa hukum Allah yang telah jelas. Sepertimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud :-
"Dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras siksa-Nya."
[ Surah ar-Ra'du : ayat 13 ]
2. Perhatikan siapa yang menjadi pendebat dan rakan debatnya.
Kita perlu melihat si pendebat di kedua-dua belah pihak adalah mereka yang benar-benar ingin menjelaskan dan mencungkil bukti yang jelas agar pendengar dapat membezakan sesuatu yang hak dan batil. Ramai yang bila berdebat hanya mahu diri mereka menang, tidak kira apa pun perkara yang dibincangkan. Sepatutnya debat dijalankan untuk pendengar menilai idea yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak berdasarkan bukti-bukti yang diberi. Jika hanya mahu menang aka nada satu pihak dipersalahkan dan terhina selepas proses debat berlaku.
"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar."
[ Surah Az-Zukhruf : ayat 68 ]
Terdapat juga pendebat berniat untuk memperolok-olokkan rakan debatnya hingga ada yang memperolok ayat-ayat dan hukum Allah SWT. Dengan kemahirannya menggunakan logik akal dan hujjah yang tuntas dikhuatiri ada yang bersetuju dengannya meskipun bertentangan dengan syariat.
Allah sekali lagi berfirman yang bermaksud:-
"Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)"
[ Surah Al-An'am:ayat 68 ] 3. Tidak menggunakan debat sebagai jalan penyelesaian utama setiap masalah. Adalah diakui debat adalah satu method dakwah. Malah banyak kisah sirah rasul-rasul terdahulu menggunakan kaedah debat untuk menarik ramai manusia menyembah Allah. Contohnya kisah perdebatan Nabi Allah Musa AS bersama saudaranya Nabi Harun. Namun begitu debat sebenarnya adalah pilihan terakhir dalam semua method dakwah. Debat hanya digunakan dalam situasi yang memerlukan hujjah yang padu dan bermanfaat kepada pendengarnya.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"
[ Surah Al-Anfaal ayat 46]
4. Menghindari kata-kata kesat, caci maki dan serangan peribadi.
Pendebat seharusnya golongan yang mulia kata-katanya dengan harapan ucapannya mampu menarik ramai pendengar untuk berfikir secara rasional dan jitu. Pendebat perlu bebas daripada berkata yang sia-sia, apa lagi kejian yang berbau menghina dan berniat menjatuhkan martabat sahabat debatnya.
"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam dunia teknologi maklumat yang sungguh pesat membangun, kita akan mendapat maklumat secara pantas dan kepantasan ini mungkin menyebabkan kita menerima maklumat yang bukan sahaja tidak sepatutnya, malah sia-sia dan merosakkan hati. Jadi sebagai muslim dan mukmin yang bijak, kita perlu peka untuk memilih sesuat yang benar-benar memberi manfaat dan menguntungkan bukan sahaja di dunia malah terutamanya di akhirat.
"Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata : "Telah bersabda Rasulullah SAW : Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya""(Hadis Riwayat Tirmidzi no. 2318, Ibnu Majah no. 3976)
|
The Owner ^_^ Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW . WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥ Indah Nya Islam
Cinta Kerana ALLAH
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
Mutiara Kata
The Credits! |