Ini Blog Islam ^_^
Ohh, Patutlah Amalan Aku Ditolak
Thursday 27 September 2012 | 0Superstar (s)!


"Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni.."
Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah.
Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini.
Sabda Rasulullah s.a.w ;
"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." 
[Riwayat Muslim]
Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak buat golongan yang suka bersedekah.
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
[2:261]
Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya!
Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah..

Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang baik itu..
Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda.
"Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi.."
Kenapa sampai begitu sekali ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?
Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas !
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.
Tahu apa buktinya ?
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!
1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si    penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)
Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ?
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !
Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."[2:264]
Saya yakin diri kita faham apa yang Allah maksudkan..
Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ?
Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah !
Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang !
Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita.
Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan.
Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!!
Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia
dan rosak begitu sahaja !
Rugi besar kita nanti !!

Sahabat-sahabatku..
Mari kita jadikan amalan sedekah yang ikhlas sebagai HOBI !!
Semoga ada balasan yang besar buat kita
di negeri akhirat sana nanti !
Ameen..
"Inginkan SAHAM akhirat yang lumayan ??
teruskan melabur di jalan Allah !!"


Aku,Dia Dan Kamu Sebagai Sahabat?
Monday 24 September 2012 | 0Superstar (s)!


Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya
Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?

Siasat Dahulu Cerita Itu!


Komputer yang sedia ada untuk digunakan memang dimanfaatkan habis-habisan oleh saya. Seperti biasa, saya melayari laman Facebook pada hari ini. Jenguk notificationpage-page menarik sertagroups yang bermanfaat. Dan seperti biasa, saya melihat status kawan-kawan di Facebook, tekan 'Like' dan sebagainya. Tiba-tiba...
...saya jadi termenung sendirian di hadapan komputer. Iyalah, melihat satu status daripada seorang sahabat (padahal tak pernah tegur pun) membuatkan saya terpana seketika. Statusnya berbunyi begini:
''Setitik air mata perempuan yang jatuh kerana lelaki yang disayanginya, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak 100 kali di akhirat kelak. Maka janganlah kamu wahai kaum lelaki membuatkan perempuan menangis keranamu.''
Laras bahasanya bagai teks yang terdapat dalam kitab atau buku agama, tetapi apabila melihat kembali kepada isi kandungan ayat tersebut, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Malah, apabila dirujuk siapa penulis asalnya pun tidak diketemukan. Hal ini saya kira penting, terutamanya apabila melibatkan soal hukuman sebat 100 kali di akhirat.
Pentingnya penelitian
Bukan hendak menyalahkan seratus peratus kepada insan yang menyebarkan, tetapi harus 'kita' sebagai penyebar, mengambil berat atas setiap perkara yang hendak di'share' dan dikongsikan, supaya maklumat yang sampai itu kita yakini kebenarannya.

Sikap yang MESTI ada pada setiap Muslim adalah sentiasa memastikan setiap berita, khabar, cerita dan maklumat yang sampai kepadanya itu benar-benar berlaku. Perkara ini penting bagi mengelakkan AKIBAT yang akan datang setelah berita itu tersebar luas seperti fitnah dan tindakan serta maklum balas yang salah:
"Aku ada something nak habaq kat hang nih.''
''Apa dia? ''
''Hang tau dak blablabla....''
Ok, dengar dan siasat!
Ada baiknya kita meneliti ayat Al-Quran ini;
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut."
(Surah al-Hujurat 49: Ayat 6)
Bercakap tentang hal mengambil berat 'amanah' yang perlu dipikul dalam membawa sesuatu perkhabaran, mari kita lihat dari segi ilmu hadis. Terdapat satu bidang atau cabang ilmu yang penting dalam menentukan status perawi (penyampai) hadis iaitu Jarh wa ta'dil. Ilmu ini penting untuk mengetahui kedudukan sesuatu hadis dan dengannya, dapat menjaga kesahihan agama Allah dan Sunnah Nabi daripada sebarang tindakan menyeleweng dan sebagainya.
Kriteria yang ditetapkan oleh ulama untuk menerima kesaksian seorang perawi sangat ketat dan mustahil untuk disangkal. Seharusnya, dalam menilai sesuatu cerita juga, kita perlu melihat kepada 'siapa' yang menyampaikannya. Adakah dia ini seorang yang pelupa? Adakah dia ini seorang yang tidak boleh dipercayai?
Memang digalakkan untuk kita saling berkongsi dalam setiap perkara kebaikan, cuma kita harus mengambil sikap 'berhati-hati' dalam setiap perkara dan khabar yang kita terima. Peringatan untuk diri dan teman-teman.

Menggapai Ramadan


Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat.
Begitulah bibit-bibit puisi indah daripada Abu Bakar Al-Warraq.
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah jika diizinkan Allah SWT untuk menemui lagi Ramadan yang bakal membuka tirainya dalam masa tidak sampai dua bulan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersama Ramadan sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengannya pada tahun akan datang.
Ramadan mengikut bahasa bermaksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya'ban dan Syawal. Al‐Syeikh Sya'rawi di dalam Al‐Fatawa berkata: "Perkataan bulan رهش diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tertentu sebagai bulan". Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam supaya berpuasa selama sebulan lamanya.
Puasa dari segi bahasa dapat ditakrifkan sebagai menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang menceritakan perihal Maryam:
"...'Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat ar‐Rahman'".
(Surah Maryam, ayat 26)

Adapun begitu, dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat berpuasa pada malam harinya.
Setelah memahami maksud puasa, apakah umat Islam hanya bersedia melakukan ibadah puasa sekadar menahan diri daripada makan dan minum mengikut waktu yang ditetapkan sahaja? Dan pada masa yang sama adakah segala perbuatan yang keji masih diteruskan?
Merujuk kepada hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim: "Bukanlah puasa namanya, hanya sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi puasa yang sebenar ialah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan bercakap kotor (keji), sekiranya ada orang yang memaki hamun kamu atau memperbodohkan kamu, maka katakanlah padanya sesungguhnya aku ini berpuasa".
Ibadah berpuasa pada bulan Ramadan telah difardhukan pada bulan Sya'ban tahun ke‐2 Hijrah. Walau bagaimanapun, sebelum itu amalan puasa memang biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab sezaman dengan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman, yang bermaksud:
"Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
(Surah al‐Baqarah, ayat 183)
Sayid Qutub berkata, "Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung daripada ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa."
Ramadan adalah salah satu bulan Islam yang mempunyai kehebatan tersendiri yang mana di dalamnya terdapat seribu satu kenikmatan, kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT melalui salasilah pensyariatannya kepada umat Islam.
Ramadan adalah bulan penuh keberkatan. Antara kelebihan Ramadan ialah umat manusia akan dinaungi Ramadan. (Bagi yang telah meninggal dunia semestinya terlepas daripada azab seksa kubur.) Di dalamnya juga terdapat malam Al-Qadar yakni malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Bulan ini juga dipilih sebagai bulan untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah lain seperti bertadarus Al-Quran, Qiyammullail, berzikir, berselawat serta ibadah sunat yang lain. Nilai amalan sunat yang dikerjakan sama dengan solat fardhu, manakala solat fardhu yang dikerjakan mendapat 70 kali ganda pahala.
Selain itu, Ramadan juga adalah bulan yang menguji kesabaran dan pahalanya adalah syurga. Ramadan juga merupakan bulan keampunan dan doa yang paling makbul ialah doa sebelum berbuka puasa, dan juga doa pada sepertiga malam.
Manakala kelebihan terbesar di dalamnya terletak pada 10 hari pertama yang  merupakan permulaan kepada rahmat, disertai 10 hari pertengahan yang merupakan Maghfirah atau keampunan daripada Allah dan 10 hari terakhir untuk dijauhkan diri dari api neraka.

Antara peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadan ialah penurunan Kitab Al-Quran, iaitu pada malam Nuzul Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin, bersamaan 21 Ramadan atau 10 Ogos, tahun 610 Masihi. Peristiwa itu berlaku pada waktu malam ketika baginda berusia genap 40 tahun 6 bulan 12 hari. Allah berfirman, yang bermaksud:
"Bulan Ramadan diturunkan padanya al Qur'an..."
(Surah al‐Baqarah, ayat 185)
Akan tetapi, terdapat perselisihan tentang tarikh tepat penurunan Al-Qur'an. Namun, menurut firman Allah SWT:
"Sesungguhnya kami turunkannya pada malam Lailatul Qadar."
(Surah al-Qadar, ayat 1)
Itulah yang menjadi bukti Lailatul Qadar itu jatuhnya dalam bulan Ramadan dan merupakan malam penurunan Al-Qur'an.
Lailatul Qadar juga diriwayatkan turun pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan. Hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar RA berbunyi: "Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil." (Hadis riwayat Muslim)
Perkara ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Surah al-Qadar, ayat 1-5)
Selain itu, bulan Ramadan juga merakamkan peristiwa Perang Badar. Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Ia merupakan perang pertama di dalam Islam.
Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata.
Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa kerana tentera Islam yang hanya sedikit jumlahnya dan lemah dari sudut kelengkapan, tetapi berbekalkan ibadah puasa, telah memenangi pertempuran itu.
Ini membuktikan bahawa puasa bukanlah penyebab umat Islam perlu bersikap lemah dan malas sebaliknya sentiasa berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
(Surah ali-Imran, ayat 123)
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
(Surah ali-Imran, ayat 134)
Bulan Ramadan juga menyaksikan peristiwa Fathul Makkah iaitu pembukaan kota Mekah. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan tahun 8 Hijrah. Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj, baginda berbuka puasa.

Pembukaan kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya mula berjalar ke serata alam. Peristiwa ini juga merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan Islam. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu pembukaan yang benar."
(Surah al-Fath, ayat 1)
Ramadan juga merupakan bulan di mana berlakunya beberapa peperangan Tabuk pada tahun 9 hijrah. Baginda keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali pada bulan Ramadan. Peperangan ini dikatakan berlaku selama 50 hari. Namun, secara tepatnya, peperangan di Tabuk berlaku selama 20 hari sahaja. Hari selebihnya adalah tempoh masa perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan yang terakhir yang diikuti oleh Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulannya, Ramadan merupakan salah satu bulan yang hebat. Faktor berpuasa tidak menjadi penghalang umat Islam untuk beribadah dan berjihad. Ayuh, rebutlah seberapa banyak dalam melakukan amal ibadah pada bulan Ramadan dan lipat gandakanlah pahala sebagai bekalan menuju Allah kelak. Jika dalam bulan yang lain kita semua liat dalam melakukan ibadah sunat, maka rebutlah peluang perbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan.

Nota Takwa


Imam al-Allamah Habib Abdullah Alawi al-Haddad memulakan nukilan kitabnya, Nasihat Agama dan Wasiat Iman dengan menyentuh perihal takwa mendahului bab solat, zakat, puasa, haji, jihad dan lain-lain.
Takwa dilihat sebagai satu elemen yang penting bagi seorang Mukmin. Apalah gunanya ibadah yang menggunung jika natijahnya, tidak menumbuhkan sifat takwa dalam diri.
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa..."
(Surah ali-Imran, ayat 102)
Ayat ini merupakan satu perintah daripada Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertakwa kepadaNya.
Setiap minggu kita mendengar kalimah takwa ini diulang-ulang oleh khatib di masjid. Seorang lelaki yang berusia 70 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 2640 kali pesan takwa dalam hidupnya (jika dia tidak meninggalkan solat bermula umur 15 tahun). Biarpun mudah telinga mendengar, akal masih tidak memahami, hati masih tidak menghayati, anggota badan masih culas untuk mengamalkan.
Takwa Di Dalam Al-Quran
Perkataan takwa pertamanya boleh dilihat pada Surah al-Baqarah. Di dalam ayat itu Allah memberi gambaran awal tentang takwa kepada manusia:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang sempurnanya dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 1-5)
As-Syahid Syed Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran mentafsirkan takwa sebagai perasaan yang peka di dalam hati nurani, perasaan yang halus dalam kesedaran, perasaan takut dan waspada yang berterusan, dan berhati-hati daripada terkena duri di jalanan kehidupan di mana manusia ditarik oleh pelbagai dorongan nafsu, tamak haloba dan impian yang menggunung.
Ibnu Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim mendefisinikan takwa sebagai mencegah diri daripada hal-hal yang tidak disukai.
Perbincangan mengenai takwa cukup luas dan mempunyai pelbagai huraiannya di dalam Al-Quran. Buka sahaja surah al-Baqarah ayat 77, al-Imran ayat 133-135, an-Nahl ayat 30-32, al-Anbiyaa' ayat 48-49, az-Zumar ayat 33 dan al-Layl ayat 17-19. Setiap huraiannya mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam menjelaskan pengertian takwa.

Imam Abu Al-Laits Al-Samarqandi berkata, "Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan tujuh perkara, iaitu:
1. Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan bicara sia-sia dan haram, lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2. Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja (tidak berlebihan).
3. Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram, dan tidak melihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
4. Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.
5. Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai oleh Allah SWT
6. Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi dengan kasih sayang kepada sesama Muslim.
7. Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riak dan nifaq."

Pengembaraan Kekasih Allah


Telah berlakunya satu peristiwa penting dalam sejarah Islam..
ISRAK DAN MIKRAJ...
Bermulanya penentuan solat  sehari dan semalam daripada 50 kepada 5 waktu..
Namun, masih ramai yang malas mengerjakan solat yang LIMA itu..
Masih ada yang mengeluh dan tidak mahu..
Kerana ramai yang begitu cintakan dunia takutkan mati..
Walhal diri akan pergi bertemu ilahi...
Sedarkah kita tentang pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menaiki Sidratul Muntaha sebanyak 9 kali bertemu dengan Allah SWT meminta agar dikurangkan solat itu? Sedarkah kita Rasulullah SAW mengenepikan rasa malu baginda meminta pada Allah berulang kali demi kasih sayang yang menggunung kepada ummatnya?
Siapa umat baginda jika bukan kita...
Sedarlah... Kitalah ummat itu!
Tanpa pengorbanan daripada Rasulullah SAW, pastilah ramai di antara kita yang tidak mampu menunaikan amanah solat 50 waktu kerana hatta 5 waktu sahaja, masih ada yang berlenggah dan meninggalkan solat. 
Lupakah kita dengan kasih sayang baginda?
Marilah kita sama-sama memperbaiki diri ke arah kebaikan dan tetapkan pendirian untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa... Patuh pada perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya...
InsyaAllah.. Sama-samalah kita mencari pedoman yang dirakamkan di dalam Al-quran ketika Rasulullah SAW  bertemu Allah SWT...
Maksudnya:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. "(Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"  - (Surah Al-Baqarah : Ayat 286)

Mari Bermujahadah!


Diri yang dibelenggu dosa pasti tiada padanya perasaan tenang, bahagia dan gembira. Sebaliknya, diri dikongkong dengan perasaan keluh kesah. Dosa itu umpama serbuk kopi tanpa gula yang dimasukkan ke dalam air panas, terlarut bersama air yang akhirnya diminum.
Analogi ini umpama bintik-bintik hitam yang tumbuh di dalam hati sehingga lama-kelamaan larut di dalam jiwa dan akhirnya terasa pahitnya berada dalam dosa. Bertuah pada mereka yang merasai dirinya berada dalam keadaan begini. Namun, bagi yang tidak merasainya, teruskan usaha untuk mencarinya.
Detikan yang muncul dalam hati dengan merasai dan menginsafi dosa-dosa ini adalah jentikan daripadaNya yang menyayangi hambaNya. Tuhan itu Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya. Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia mendekati kita.
Bagi yang menerima suntikan ini, bersyukurlah, kerana kamu adalah antara insan yang terpilih. Jangan pernah abaikan dan mensia-siakan hidayah ini kerana kita takut inilah hidayah terakhir kurniaanNya. Seandainya kita melepaskannya, apakah mungkin kita memperolehnya pada masa akan datang? Bagi yang belum mendapatkannya, ayuh, kita koreksi diri dan berusaha untuk mendapatkan hidayah semoga kita tersedar daripada igauan dosa.
Antara cara yang dapat kita usahakan untuk menimbulkan perasaan berdosa ini adalah dengan memperbanyakkan muhasabah. Setiap orang boleh bermuhasabah, namun, tidak semua yang dapat merasa nikmat muhasabah yang sebenar. Oleh sebab itulah kita dialu-alukan untuk menghadiri kuliah agama, usrah, program bagi membina sahsiah dan rohani dan seumpamanya.
Program-program sebegitu sedikit sebanyak akan menimbulkan bibit penyesalan dan melembutkan hati. Pengisian usrah yang berkualiti, sebagai contoh, meninggalkan bekas di hati masing-masing.

Bersahabatlah dengan sahabat yang baik kerana mereka boleh mengingatkan kita pada saat kita lalai dan lupa. Seterusnya, biasakanlah diri dengan solat, zikrullah, selawat dan membaca al-Quran sebaik mungkin, kerana inilah makanan utama rohani kita. Apabila hilang ia, maka hilanglah diri dan sifat kehambaan itu.
Selain daripada itu, jangan lupa untuk berjinak-jinak dengan Allah tatkala semua orang sedang tidur. Korbankan kesedapan tidur itu dengan merayu, meminta dan meluahkan segala-galanya, serta mengaku kelalaian dan kemungkaran kepadanya. Air mata inilah yang akan menjadi penyelamat pada hari akhirat kelak, insya-Allah.
Berdoa, merayulah padaNya agar Dia memimpin kita kembali ke jalan yang lurus dan meluruskan hati untuk kembali padaNya, di samping memohon kekuatan untuk terus bermujahadah dalam mencari hakikat hidup yang sebenar dengan mencintaiNya.
Akhir kalam, sebagai peringatan buat diri yang hina ini serta semua, ayuh kita kembali memperbaiki diri. Berusahalah untuk kembali kepada Allah kerana kita berada di bumi yang fana' ini tidak lama. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal. Ayuh kita manfaatkan masa taubat yang diberi Allah kepada kita.


Older Post
The Owner ^_^


Assalamualaikum .. Hai nama saya Hana .. Baru 17 Tahun .. Stay in Johor Bahru .. InsyaALLAH on the way nak Berumah Tangga .. Doa-doakan lah yee .. Add lah saya kat FACEBOOK ( cikhana1995@ymail.com ) CIK HANA .. thanks coz meneroka blog ini dan rajin-rajin lah yee FOLLOW .

WARNING, sebenarnye xde warning pon , saja je nak bagi gempak ! kepada yg meneroka blog ni sila menutup aurat , terima kasih

Saat waktu tlh berbicara..percayalah cuma kamu yg amat aku sayang bukan yg lain...Bukan fisik, tapi hatimu yg ikhlas n tulus yg membuatkan ku sangat mencintaimu...jangan pernah tinggalkan aku, apapun yg trjadi pada kita brdua nantinya .......ianya hanya kata2....♥


Diary About Stuff Site


Indah Nya Islam

♥ Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian daripada kata-kata. Dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan. Tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sndri. Semata-mata untk kegembiraan orang yang kita cintai. ♥


Cinta Kerana ALLAH

CINTA bukan pada 'couple' CINTA juga bukan pada 'I love you' CINTA tak letak pada "I miss you' Dan CINTA bukan pada 'can I touch you?' kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata. ♥ Bicara CINTA suci itu akan terucap saat ijab kabul di lafazkan.. ~> Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH ♥ ^_^


Mutiara Kata

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah


Mutiara Kata

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."


Mutiara Kata

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."


Mutiara Kata

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."


Mutiara Kata

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire


Mutiara Kata

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."


Mutiara Kata

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Own this blog : Cik Hana

Assalamualaikum wbt